Minyak Kelapa Dara (VCO) adalah anugerah alam yang tidak boleh dipatenkan. Dilabel sebagai minyak paling menyihatkan berbanding segala jenis minyak sayuran lain di dunia.
KEISTIMEWAAN MINYAK KELAPA DARA:
ANTI VIRUS DAN ANTI BAKTERIA
- Kajian saintifik membuktikan bahawa apabila minyak kelapa dara diminum (penggunaan VCO softgel memudahkan pengguna mengambilnya, hanya telan :)) badan akan meprosesnya menjadi satu asid lemak unik yang sangat ampuh dalam membinasakan kebanyakan organisma mikro, kerana ciri uniknya yang anti virus, anti bakteria, anti parasit dan anti fungus. Ia adalah pemangkin metabolisma semulajadi yang baik untuk meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan (antibodi) dalam membasmi pelbagai penyakit semulajadi atau berjangkit.
MENGUATKAN FUNGSI JANTUNG DAN MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
- Selain itu, fakta menunjukkan bahawa minyak kelapa dara membantu memperkuat jantung dan sistem kardiovaskular secara keseluruhan. Asid Linoleik yang terdapat di dalam minyak kelapa dara berupaya membersihkan arteri, menjadikannya lebih elastik, melonggar serta mencuci keluar plak/kotoran yang terkumpul dalam arteri untuk perjalanan darah yang lebih lancar ke seluruh badan. Ia juga membantu mengurangi paras kolestrol tidak baik dalam darah dan hati selain melaraskan platelet atau mengurai penggumpalan darah penyebab serangan jantung.
MENINGKATKAN METABOLISMA DAN TENAGA
- Manfaat minyak kelapa dara juga sangat besar dalam membantu meningkatkan metabolisma badan sehingga 25%. Oleh kerana ia mudah dihadam dan diserap, maka ia mampu membekalkan sumber tenaga dengan cepat kepada badan. Ia membantu mengurangkan pengumpulan lemak dan kehadiran radikal bebas yang menyebabkan kelemahan/kerosakan sel.
- Sumber yang kaya dengan antioksidan yang mempercepatkan tumbesaran dan pemulihan luka, menguatkan kapilari dan membran sel serta memperbaiki sistem percernaan/penghadaman untuk berfungsi lebih baik.
KULIT HALUS DAN CANTIK
- Minyak kelapa dara memang terkenal di seluruh dunia tentang kebaikannya meningkatkan pertumbuhan sel kulit. Ianya boleh digunakan terus ke atas kulit untuk mengurangi kesan penuaan dan kedutan/garis halus, melembab serta melembutkan kulit agar lebih mulus dan licin. Ia juga menyamaratakan tona warna kulit agar lebih berseri dengan menghindari kesan ultra ungu dari sinaran matahari.
- Minyak kelapa dara memberi kesan positif terhadap penyembuhan psoriasis, kudis, luka, jerawat dan pelbagai jangkitan/penyakit kulit lain. Ianya amat baik untuk rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat, kuat, lebat, lembut bersinar dan mengawal kesan kelemumur dan menyihatkan kulit kepala.
MANFAAT LAIN MINYAK KELAPA DARA :
- meningkatkan fungsi hati, hempedu dan kelenjar tiroid
- memperbaiki penghadaman dan penyerapan khasiat makanan-mengawal berat badan dan melaraskan hormon badan
- mengurangkan kesan keracunan makanan
- mengurangkan risiko kanser, darah tinggi, strok dan diabetes
- mengurangi batuk, demam selsema dan resdung
- mengawal asma/lelah
- merawat sembelit/buasir
- mengurangi ulser perut dan mulut, sakit gigi dan gusi
- menjauhi risiko asteoporosis, kanser prostat dan sakit paru2
- mengurangi jangkitan sakit mata dan telinga
KLIK DI SINI UNTUK LEBIH INFO MINYAK KELAPA DARA TREENEA
BERMINAT?
SMS / WHATSAPP KE : 014-8228905
0 on: "TREENEA :MANFAAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KULIT"