AJAIBNYA TERAPI HIDUNG : CARA MUDAH RAWAT MASALAH KESIHATAN!

 

MANCUNG? KEMEK? KEMBANG?
bagaimana rupa hidung anda tidak la penting,
yang lebih utama adakah ia dapat berfungsi dengan sempurna?
 
Ciptaan Tuhan itu sangat indah.. Manusia diciptakan dengan dua lubang hidung, yang secara asasnya digunakan untuk bernafas. Namun tahukah kita bahawa setiap satunya memiliki fungsi yang berlainan?

HIDUNG merupakan anggota yang mempunyai reaksi langsung dengan otak. Kita tidak sedar yang sebenarnya jumlah udara yang masuk melalui dua rongga lubang hidung itu TIDAK SAMA jumlahnya walaupun bernafas serentak dalam satu masa. Justeru, ia mempengaruhi dan mengubah kimia tubuh untuk bertindakbalas dengan cara yang berbeza.

Maksudnya, lubang hidung kanan berkait dengan aktiviti OTAK KIRI - berfungsi mengeluarkan udara panas dalam tubuh, lalu meningkatkan asid badan seterusnya merangsang kegiatan lebih bertenaga dan rasional.

Manakala pernafasan lubang hidung kiri pula mempengaruhi aktiviti OTAK KANAN - bertindak mengeluarkan udara dingin, justeru meningkatkan paras alkali dalam badan yang dikaitkan dengan kemampuan emosi, penglihatan serta sesuatu yang bersifat feminin.

Apabila kadar tindakbalas mengikut kehendak/keperluan badan, kita akan rasa lebih bertenaga dan segar menjalani aktiviti seharian, namun jika sebaliknya kita tentu perasan tubuh badan yang mungkin rasa kurang sihat, demam atau selesema.
 

JOM CUBA BUAT TERAPI INI..

1. meredakan sakit kepala - tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri. lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan beransur hilang dan sembuh (ini saya juga selalu buat)

2. gangguan pencernaan kronik, sembelit dan susah makan
- tutup lubang hidung sebelah kiri, bernafaslah dengan lubang hidung kanan sebanyak mungkin untuk melegakan perut

3. melegakan stress
- bernafaslah melalui hidung sebelah kiri selama beberapa minit, dan kita akan merasa tenang serta segar kembali

4. susah tidur (insomnia)
- berbaring di sisi kanan, tutup lubang hidung kanan dan bernafas dengan lubang hidung kiri selama 25 sampai 30 minit, pasti kemudiannya kita akan terlena.. (yang ini memang saya selalu praktikkan kerana saya jenis tidur lewat malam..:))

Seandainya kita terjaga di tengah malam kerana mengigau bukan2 atau bangun tidur waktu pagi dengan nafas termengah2, cuba lah bernafas dengan lubang hidung kiri sahaja.. ia akan dapat membantu anda mengawal emosi untuk lebih tenang..

Pssstt.. tahukah anda bahawa..

** ramai perempuan bernafas lebih banyak menerusi hidung sebelah kiri, sebab itu mereka lebih tenang, sejuk hati dan 'cool'..
** manakala ramai lelaki pula bernafas lebih banyak dengan hidung sebelah kanan, menyebabkan mereka cepat melenting, marah dan stress..

TAPI AWAS !!
- Jika anda selalu bersin, hidung sentiasa berair atau gatal2, anda mungkin menghadapi masalah yang lebih kronik seperti RESDUNG / SINUS..
Anda boleh dapatkan maklumat berkaitan produk dan cara mengatasi masalah ini dengan
 KLIK DI SINI

0 on: "AJAIBNYA TERAPI HIDUNG : CARA MUDAH RAWAT MASALAH KESIHATAN!"